Friday, December 28, 2012

Collagen Marine - Rumpai Laut

Orang sibuk makan, aku pun nak cuba makan juga.. hehe.. pastu aku cadangkan kat kakak2 iparku. :) Produk asli yang hangat dipasaran.

Saban hari manusia semakin ingin mencari kesempurnaan wajah dan memiliki wajah yang cerah lagi cantik. Pelbagai kaedah yang dilakukan oleh manusia pada masa ini bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan. Rumpai Laut Semporna merupakan salah satu bahan yang berupaya mengubah seseorang itu menjadi lebih cantik dan menawan.
RUMPAI LAUT SEMPORNA GRED AAA
Rumpai Laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi,berfungsi sebagai menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium,zat besi,magnesium,potasium,vitamin b6 b12,c,a ,omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit dan buasir

KEBAIKAN RUMPUT LAUT :
  • BUANG TOKSIN DAN BAHAN RADIKAL BEBAS
  • BAIK UNTUK JANTUNG
  • MENCEGAH KANSER
  • MENINGKATKAN METABOLISME
  • MERANGSANG SISTEM PERTAHANAN BADAN

KHASIAT RUMPAI LAUT :

KOLAGEN-10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen bersamaan dengan 2 keping sarang burung layang-layang.
  • KALSIUM-37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
  • ANTIOKSIDA-550 kali ganda lebih kuat daripada Vitamin C.
  • VITAMIN A- 40 kalo lebih hebat daripada Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu,
  • PROTEIN - 21 kali lebih banytak dari susu.
  • OMEGA 3 DAN OMEGA 6-2326 kali lebih banyak dari ikan.

Friday, August 20, 2010

Kau Pergi Jua

Innalillahiwainnailaihiroji’un.. Al-fatihah buat Allahyarham NORIAH BINTI MOHAMAD. Kau pergi jua meninggalkan kami lebih kurang jam 12.30 tgh malam, 18hb Ogos, 2012. moga roh mu dicucuri rahmat, aman dan tenang di sana.. :’(

Mengikut SMS dari kakak arwah, jenazah telah selamat dikebumi kan di kampung halamannya di Miri, Sarawak. Hanya abang kandung arwah yang mengiringi sewaktu jenazah dibawa pulang dari HUKM, Cheras Kuala Lumpur ke Miri. Dikalangan kami, tiada siapa yang dapat mengiringi jenazahnya kerana masing-masing terikat dengan kerja.

Aku yang dah mengantuk, baring di depan TV di ruang tamu (TV dah di tutup), tapi mataku tidak juga mau lelap. Pusing kiri, pusing kanan.. aku rasa gelisah semacam je. Tak lama kemudian, aku terima SMS yang berbunyi “Kak Nor dah takde”. Patut la mata tak mau lelap. Aku bergegas bangun bersiap dan terus ke bilik mayat HUKM. Yiang & Reugene dah ada di sana. Tak lama lepas tu, Isma (kawan serumah kami) sampai. Seorang demi seorang kawan yang rapat tiba di sana. Aku minta untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir. Sebaik kain balutan dibuka, aku yang dah lama menahan sebak, terus berjurai-jurai air mata ku. Aku mencium pipi & dahi arwah. Ku tatap wajah yang takkan dapat ku tatap lagi buat selamanya. Kami ‘berpisah’ disitu. Selepas itu jenazah akan di bawa untuk di siapkan di Hospital Tawakkal sebelum dihantar ke KLIA. Selepas meninggalkan HUKM, aku serta beberapa orang kawan singgah di sebuah restoran untuk bersahur dan selepas itu terus balik ke rumah berisap-siap untuk ke tempat kerja.

Sepanjang aku bercuti di UK dan tak datang melawat, rupanya arwah bertanyakan aku.. Lina tak datang? Ahhh.. sedihnya bila mengenangkan.. :'(   padahal, sebelum terbang pergi, aku dah bagitau pada dia yang aku akan bercuti agak lama. Sebenarnya, masa berada di UK pun, aku risau juga tentang arwah. Korang paham la kan apa yang aku risau kan..

Aku rasa aku agak rapat dengan arwah kerana waktu hujung minggu akan dihabiskan masa bersama. Samada kami bertiga dengan arwah Abah ku, pergi makan-makan dan window shopping atau aku berdua sahaja dengan arwah. Argh.. rasa aku dan arwah abah banyak termakan budi baik arwah k.Nor  selama arwah abah tinggal dengan aku di KL. moga Allah saja yang dapat membalas jasa & budi baik arwah.

Kenangan bersama arwah akan tersemat abadi dalam lipatan kenangan ku dan juga kawan-kawan lain. Hanya doa & al-fatihah dapat ku kirimkan agar rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para solehah, sentiasa aman & tenang di dunia sana. Al-fatihah!

Sunday, August 15, 2010

The Best Holiday Trip Ever!!

Inilah trip percutian yg paling best lah di rasakn..!! selama lebih kurang 17 hari menjelajah hampir seluruh negara England drpd London - Stansted - New Castle - Lake District - Edinburgh - Liverpool - Bath - London semula.. tapi rasa mcm tak puas lagi meronda. hehe.. Take-off dr KLIA jam 10.25 pg (waktu M'sia), landing kat Heathrow London lebih kurang jam 4.30 ptg (waktu UK). masa kitaorg smpai tu kira bernasib baik sbb kastam diaorg tgh tukar syif jadi takde org jaga, so takde lah susah sgt nak lepas keluar dari airport tu.. kalau tak, mau berjam2 baru lepas sbb kena buka luggage masing2 mcm masa pergi dulu.. pastu terus bergegas ke stesen underground (lrt) diaorg utk ke stesen keretapi ke Stansted. pergghhh.. semput jugak la mengheret beg masing2 yg berat2 tu.. huhuhu..


Liverpool Street Station sblm naik tren ke Stansted



Bas ke Hotel Hilton, Stansted

Dalam lebih kurang 45 minit perjalanan dari London ke Stansted dgn tren tadi, kami sampai di Airport Stansted. bukan nak terus flight tp stay dulu 1 malam kat Hilton, Stansted. nak ke hotel, kami naik bas khas dari airport ke hotel saja. perjalanan ambil masa dlm 10 minit. kat bilik hotel rasa mcm tak tido je, dpt tido 2-3 jam je sbb pukul 5 pg (waktu UK) dah nak gerak ke airport semula utk flight ke Newcastle. jadi, dlm kul 3.30 pg dah bangun bersiap2. sarapan dihantar ke bilik, lps sarapan terus gerak naik van yg dah dipesan masa check-in semalam. Tambang bas & van tu semua, boss yg bayar.. sampai airport, mak oiii.. pepagi je dah ramai yg beratur nak check-in ni.. sempat ke?? perghh.. tawakkal je.. kat kastam pulak mcm2.. lps tu apalagi, masing2 berkejar ke gate sblm pintu flight ditutup. sampai je kat gate, lg 5 minit flight nk take-off. fuhh!! awal2 lagi dah dpt cabaran mcm tu. hehe.. takpe kan.. pengalaman.. haha. flight jam 7.15pg. kami naik easyJet.. ambil masa dlm lbh kurang 40-45 minit je mcm KL - JB gitu la.. sampai Newcastle je, Wendy, anak boss dah tunggu kami. so terus naik cab yg dah dipesan utk ke hotel penginapan kami. saya naik cab yg last sekali bertiga dgn Wendy & BF dia, Jaguar. huhu Jaguar buat cab. merasa gak naik Jaguar. hehe. dlm 20 minit, sampai kat Hansen Hotel.


Newcastle International Airport



Nasi jagung ke nasi bawang?? hehe

Kenapa saya ckp nasi jagung ke nasi bawang..? sbb taktau nak cakap nasi apa.. nampak jagung & bawang je yg banyak, tp rasa dia sedap gak.. heehee.. ni nasi utk saya dgn lg sorang kwn saya, 2 org je melayu yg ikut. minta vegetarian.. jadi, inilah hasilnya.. kira sarapan cum lunch kat Newcastle ni sbb makanan kitaorg siap dh dekat tghari sementara menunggu bilik siap dikemas. takde yg kosong.. bila masing2 dah kenyang, masuk bilik lepak2 kejap sebelum keluar gi town.. :)

Lepas ni ke mana pula..? Tungguuuu..

Tuesday, July 13, 2010

1 hari lagi??

Tinggal 1 hari je lagi?? Rasa macam tak percaya pun ada.. akan terbang lagi ke U.K pada pagi khamis 15 Julai nanti. Kusut ada.. pening pun ada.. kusut sbb bila nak cuti panjang ni la, banyak pulak keje masuk.. bertambah kelam kabut nak siapkan.. sampai bawa balik rumah la buat mana yg boleh. Kalau tak nak cuti tu takde pulak keje yg masyuk!! grrr.. :(

Pening pulak pikir brg2 yg nak di bawa.. nak bawa baju mana? toiletries.. kasut.. uurrghhh.. sebab kali ni bukan kat London je, nak travel ke tempat2 lain lagi, jauh2 lak tu.. New Castle, Lake District, Edinburgh, Liverpool.. huhuhu.. duit poket?? lagi satu hal.. waduh2..
hanya satu harapan saya, moga happy masa kat sana nanti.. selamat pergi & balik.. tiada sebarang masalah yg akan timbul.. hal keje?? lupakan sementara waktu.. kita enjooyyy...!!! ;D

Saturday, July 10, 2010

Keterbatasan masa

uuuhhhh.. lamanya tak menulis ye.. hmm.. lately ni busy dgn keje yg melambak. pastu petang rushing lak gi HUKM jengah K.Nor.. weekend pun tak kemana, ke HUKM jugak.. dgn keadaan kak Nor yang sekejap kritikal sekejap ok. lepas operate ni keadaan dia tak menentu.. mujur ada jugak kengkawan BE - Ezza, Illa, Along & Atok yg sudi menjengah menemani diwaktu melawat. boleh dikatakan setiap waktu melawat diaorg datang. Zeera & Asnur dari Penang.. Pada waktu2 mcm ni, sokongan dari kengkawan inilah yang mungkin dapat mengurangkan bebanan sakit dia. hanya dia yang tau..

komunikasi dgn menulis

Erra jugak sudi datang menjengah memberi semangat & kekuatan buat K.Nor..  dengarnya Erra jugak ada bagi semangat & nasihat kat Yiang. I know you are strong my dear!! million thanks to Erra..!! tak lupa, terima kasih jugak buat Zaini..
Marilah kita sama2 berdoa yang terbaik buat K.Nor.. moga dia kuat semangat utk melawan penyakit dia & cepat sembuh.. Amiinnn!!

Friday, May 28, 2010

Hari Lahirku


Ini bufday kek saya.. weeee.. sedap ya amat kek coklat nih. num! nyum! di sponsor oleh abg saya, Azmie.. dari Hotel Eq. marvellous!!

Masa sampai kat umah abg ni, dah jam 8 mlm. On the way nak ke Kluang utk mesyuarat esok pagi nya.. Langkah masuk je dlm umah, rupanya dia dah siap sedia dgn kek nie.. surprise la kononnya.. surprise la jugak.. patut la sampai je tgk apsal la gelap jek umah abg nie, ingat nak jimat elektrik ke kan.. hehe. Sis pulak dah siapkan meehoon goreng. saya pulak dah lapar, hmm.. tak tunggu lama, terus belasah jek la..

ooopppssss... tapi jangan salah sangka ye dgn lilin yg ada atas kek tu.. bukan itu bilangannya.. hehehe.. ;P

Wednesday, May 19, 2010

56 days to go..

Huh?!! lagi 56 hari je lagi..?? aduuuhhh... cepatnye masa berlalu.. nanti tup tup, dah nak terbang.. last week big boss dah remind suruh tukar duit sbb skrg pound sterling dah jatuh, murah dari masa kitaorg pegi tahun 2002 dulu.. duit..duit.. dimana kau duit.. (nyanyi jap lagu M.Nasir. hehe..)
Passport dah renew 2 mggu lepas. selesai satu perkara dah.. hmm.. so what's next..??!! :)

Saturday, April 17, 2010

Mewarna Batik


Aktiviti hujung minggu.. hehe sebenarnya plan nak ke Cameron Highland lagi, kali ni nak bawa Fiefa. Dia tak pernah pegi lagi. tapi lupa pulak ada keje la hari sabtu.. huhu. nak pegi lepas keje tapi nanti dapat meronda sekejap je tak best la.. macam kelam kabut je nanti tengah syok2 berjalan tiba2 hari dah gelap pulak. At last, bawa dia pegi Central Market, kami mewarna batik je. hehe.. seronok jugak sbb dah lama tak mewarna batik ni, sejak sekolah vokay dulu tu pun utk periksa..

inilah hasil mewarna saya..

ini hasil mewarna oleh Fiefa

Marilah mewarna..!! haha